Powered by Blogger.

19 October 2014

Saat terhentinya masa

0 comments
Dari jauh ku pohon doa...
Moga terpelihara dalam naungan Yang Maha Esa.
Saat rindu membuahkan sayu...
Hanya tuhan yang tahu...
Semoga Soleh anak2 ku.



24 May 2014

Happy Birthday to you Zyan

0 comments
Tanggal 22 May 2014 maka genaplah usia permata hati ketiga kami seusia 2 tahun. Sambutan secara ala kadar tanda syukur kami ke hadrat Allah S.W.T di atas kurnia Nya yang indah ini. Dalam usia semuda ini, zyan telah berupaya menghafal abc,menyebut no dalam dwi bahasa dengan lancar dan juga alif ba ta dengan baik sekali.. perkembangan yang baik. Abah dan Ummi berdoa agar dik zyan panjang umur, murah rezeki dan mendapat perlindung dari Yang Maha Besar...Aminn




13 August 2013

hari meniti hari

0 comments
Rasa sekejap je dah besar, makin lincah dan manja. Pengubat penat lelah bekerja terus hilang dapat tengok zyan. Cuma abah dan umi risaukan kuantiti susu yang di hisap. Sikit sangat !! Dari satu jenama ke jenama susu di tukar.. Nampak sekun dengan Anmum. Sekali sekali bagi susu kambing fresh untuk follow sunnah nabi.



Dah menjadi rutin, pemeriksaan kesihatan sejak dari dalam kandungan sehinggalah membesar perlu di periksa dan dipantau, walaupun umi zyan seorang doktor, hal ini tidak dikecualikan malah dititikberatkan lagi. Maaf ye zyan, tak sampai hati tengok di cucuk dan terus meraung. Alahai baby boy kan kuat. Terketar2 jugaklah missy nak inject zyan depan umi. Zayyan jangan marah deh.




Balik dari klinik terus badan jadi panas, umi da standby pcm sb da normal baby kena cucuk dan dapat demam. terkejut plak keesokkannya timbul bintik2 merah di muka dan badan. Umi yang confidence rawat orang tapi tang anak sendiri jadi gelabah. Katanya campak, cepat2 call tokma nak mintak  remedi tradisional, soh mandikan dengan air kelapa muda. Abah pagi2 lagi dan pergi resort cari nyior muda dan terus mandikan. Zyan nie bagus betol, tidak merengek walaupun demam, cuma taknak isap susu je. Dalam tiga hari bintik merah pun hilang. Rupanya Zyan alergik hehe.. umi oh umi

12 August 2013

Lahirnya permata terindah

0 comments
Tanggal 22 May 2012 , lahirlah seorang insan bernama Nik Zayyan Arief di HSNZ . Detik kelahiran yang di tunggu abah dan umi. Malah Tokki dan Tok Wan juga gembira menantinya. Semoga permata kurniaan ilahi ini menjadi anak yang soleh insya Allah.. Syukur ke Hadrat Allah S.W.T di atas pemberian indah ini. Akan ku jagai menjadi hambaMu yang soleh.

Ku titip kan doa buat isteri tersayang Azmalayati Mat Amin kerana melahirkan cahayamata yang comel. Tidak terdaya aku sekiranya perlu melalui saat getir itu. Inilah tanda cinta kita. Muaah

Selama seminggu Zyan terpaksa di tahan di wad kerana mendapat jangkitan kuman. Takpe, tiap2 hari abah dan umi datang tengok. Penat tapi menghiburkan hati.

Setelah kesihatan pulih, Zyan di jemput pulang ke kampung di Manir. Majlis Akikah bakal berlangsung. Tok Ma di KB sibuk menguruskan kambing 2 ekor untuk di gulai. Syukran !!

Uddah botak hehe..




 

dinarmanja Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template